Pelakon wanita AV Pujaan AV

Penghibur-penghibur AV sering kali merupakan pelakon-pelakon wanita tidak dapat mendapat kerja dalam filem-filem teater Roman Porno dan perempuan-perempuan dari soapland.[5] Bintang AV Kaoru Kuroki dipercayai telah meningkatkan status pujaan-pujaan AV di mata umum. Menurut Rosemary Iwamura, "sepertinya, dia tidak membuat video atas sebab tiada pilihan lain namun sebagai satu pilihan yang diberi."[6]

Pelakon-pelakon wanita AV pada kebiasaannya direkrut oleh peninjau-peninjau di kejiranan Tokyo misalnya Roppongi, Shinjuku dan Shibuya. Peninjau-peninjau ini bekerja sama dengan agensi bakat yang kemudiannya menyewakan pelakon-pelakon wanita tersebut kepada syarikat penerbitan AV.Syarikat penerbitan selalunya dikenakan bayaran sebanyak ¥1.5 juta atau lebih untuk seseorang pelakon wanita belakon dalam video mereka.[1] Pelakon wanita AV mengutip antara ¥200,000 dan 4 juta yen sevideo.[7] Steve Scott, presiden bagi Third World Media, seorang pengimport wayang-wayang dewasa Jepun ke Amerika Syarikat, menganggar seorang bintang AV yang terkemuka boleh mengutip sehingga hampir ¥36 juta untuk urus niaga lapan gambar.[8]

Para peminat AV dijemput untuk mengikuti perkembangan kerjaya seseorang seniwati AV yang menonjol untuk beberapa kemunculan video. Dalam video debut seseorang seniwati AV, pelakon tersebut diperkenalkan sebagai seorang "muka baru" dan pengalamannya yang kurang dipertontonkan di dalam temuramah-temuramah sebelum babak peragaan dan seks. Lantaran daripada video debut ini, para penonton AV pun mengikuti perjalanan pelakon tersebut melalui kesedaran seksnya dan kepakaran yang ditemuinya, selepas dalam lima penampilan AV, dalam genre-genre khusus seperti lesbian dan SM. Apabila pelakon tersebut sudah berjaya menggelarkan dirinya sebagai seorang bintang AV yang matang, dia punya pilhan untuk meneruskan kerjayanya di dalam genre-genre AV yang lebih melampau, bersara, mahupun, kadang-kadang, muncul kembali dengan nama baru sebagai seorang "muka baru".[1]

Rujukan

WikiPedia: Pujaan AV http://wwwmcc.murdoch.edu.au/ReadingRoom/7.2/Iwamu... http://www.bigempire.com/sake/av_director.html http://i-dic.dorachan.com/ http://www2.gol.com/users/coynerhm/pornborn.html //scholar.google.com/scholar?q=%22Pujaan+AV%22 //www.google.com/search?&q=%22Pujaan+AV%22+site:ne... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Pujaa... //www.google.com/search?q=%22Pujaan+AV%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Pujaan+AV%2... http://www.gramponante.com/2008/08/japanese-porn-e...